Hm assalamualaikum. Lets istighfar for first.
Bismillahirahmanirahim
Astaghfirullahalazim
Alhamdulillah
Baru rasa insaf dan tersedar sikit. In our life, bila hadapi sesuatu dugaan tu, kau kena sabar dan redha dalam setiap apa yang terjadi. Kau kenal Allah? Tuhan kita. Allah itu ada. Sentiasa ada. Salah satu sifat Allah adalah, ADA (wujud) Allah tak pernah tidur. Dan Allah tahu segala apa yabg ada di langit dan bumi. Allah lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui. Perasaan kita, apa yang kita bualkan dalam hati, semua Allah tahu. Sebab tu lah, dalam melakukan sesuatu itu, kita kena ada niat. Niat kerana Allah, niat kerana kebaikan. Sebab tu lah kadang kadang bila kita nak buat sesuatu kejahatan, tak semestinya kejahatan itu dengan mudahnya akan boleh terjadi. Kalau sekarang kita tak dapat balasan Allah, dekat akhirat nanti akan menunggu. Jadi, niat itu penting dalam setiap sesuatu yang kita lakukan. Jika niat salah, maka terpesong lah akidah kita. Kita kena pandai kawal hati dan perasaan ni.
Dugaan? Pernah dengar tak ada hadis tu tapi aku lupa ayat sebenar dia macammana, tapi bunyi dia cani tidak semestinya apa yang kita hajati dan hendakkan itu dengan semudahnya kita dapat, dan tidak mustahil apa yang kita hindari dan tidak mahukannya kita tidak akan dapat. Faham tak maksud ayat aku ni? Try to understand it okay?
Allah tahu isi hati setiap manusia. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau kau pernah lakukan satu kejahatan dan tertangkap, kau kena ambil iktibar dari apa kejahatan yang kau pernah lakukan. Kau tak boleh terus menerus lakukan kejahatan tu. Kau tak boleh sewenang wenangnya salah kan orang sekeliling kau, kau tak boleh salahkan takdir. Sebab setiap apa yang berlaku akan ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya. Sekali dah buat jahat, jangan pernah cuba untuk ulanginya. Walaupun kau terpaksa, kau kena cuba untuk elakkan diri kau dari terjebak jugak. Okay?
Macam contoh apa yang jadi kat aku harini. Aku cuba fikir balik, betul ke apa aku buat ni? Mencarut, sumpah seranah bagaj ni? Apa yang aku dapat bila aku keluarkan perkataan perkataan kesat ni? Kenapa aku perlu marah? Semua ini terjadi disebabkan salah sendiri. Tak perlu rasanya untuk aku sumpah seranah cikgu ke sesiapa ke. Sebab semuanya salah aku sendiri. Nampak tak salah satu kuasa Allah tu? Aku buat jahat, aku tanggung lah balik apa yang aku buat. Allah dah kasi balasan free free kat dunia ni. Cuba kalau kat akhirat nanti Allah balas. Tak ke lagi susah? Fikir balik. Fikir. Setiap manusia dikurniakan otak, untuk apa? Untuk berfikir ke arah kebaikan rakan rakan.
Cuba,
Cuba jangan,
Jangan pernah,
Salahkan takdir.
Kurangkan bercakap,
Fikir.
Kalau kau salahkan takdir, kau tak redha dengan apa yang terjadi, sama jugaklah macam kau marah dengan apa yang Allah tentukan untuk kau. Pilih jalan terbaik untuk hidup kau. Jangan tahu merungut. Berdosa. Kita sebagai hamba. Hamba Allah swt. Dah nama pun hamba, akur je lah semua perintahNya. Okay? Kuat. Ingat, doa itu penting, Allah itu ada. Wassalam.