Assalamualaikum selamat malam.
So there is one type of person yang suka sangat kutuk cikgu. Cikgu tengah sibuk mengajar addmath kat depan, kau seronok membebel dekat kawan sebelah kau, kau tak suka cikgu tu, sebab ajar cepat sangat lepastu tangan dia macam ni macamtulah bla bla bla bla dan segala jenis lahanat punya kutukan dan sumpah seranah kau campak kat cikgu tu. Bila tak bawak buku pulak, kau chillex menyembang buat bising ngan kawan sebelah kau, pastu bila cikgu marah, mula ah kau nak bebel kat kawan kau, buat ayat backup diri kau yang sebenarnya semua salah cikgu, kau je betul. Tak ada langsung inisiatif nak salin kat mana mana dengan bersungguh sungguh. Kau sendiri tahu yang subjek tu susah nak mati. Boleh mati kalau tak dapat jawab bila exam dan boleh juga mati bila terkejut bila tengok single digit marks dekat kau punya exam paper. Benda, cikgu dah warning awal awal. Subjek tu bukan senang kacang macam math form 1. Pastu bila kau takdapat buat bila kau study kat rumah, mulalah kau nak membebel lagi, kata cikgu ajar tak faham lah apalah. Padahal, masa cikgu mengajar, kau pun sibuk nak kurang ajar menyembang, tak fokus bila cikgu ajar. Fikir lah sikit. Mulut tu jangan kurang ajar sangat, sedap nak mengata cikgu itu ini. Kalau kau punya taraf pendidikan lagi tinggi dari cikgu tu, aku boleh lagi terima, mungkin kau tak sependapat dengan cikgu. Tapi masalahnya sekarang, kau tu pelajar, murid, budak sekolah menengah yang baru langkah alam remaja yang bila orang tanya soalan addmath soalan 8 bab 3 pun belum tentu kau dapat solve kan. Kalau kau genius, aku faham lah. Seorang manusia yang umur baru setahun jagung, duduk belajar sekolah, dan semestinya KAU BUKAN CIKGU. Mungkin kita tak berapa nampak apa sebenarnya pengorbanan seorang cikgu tu walaupun dah bernanah telinga kau dengar apa pengorbanan seorang guru setiap kali hari guru 16 Mei setiap tahun kan? Tak perlulah aku nak senaraikan satu satu. Kau bengang macam mana sekalipun dengan seseorang insan bergelar guru tu sebab apa pun terutama dari segi cara dia mengajar, kau tak perlu nak sumpah seranah dia.
Kau pernah dengar istilah guru itu umpama pengganti ibu bapa apabila di sekolah ? Pernah? Tak pernah kau pergi terjun lombong lah. Apa bahlol ngat? Haih. Dah kalau ibu bapa kau respect sebab syurga bawah telapak kaki ibu, sebab kau nak masuk syurga, sebab kau nak jadi anak soleh solehah hah hah, dsb. Apahal bila dengan cikgu kau tak boleh nak respect macamtu? Sebab syurga bukan bawah telapak kaki cikgu? Habistu kau nak angkut mak bapak kau jadi cikgu untuk semua subjek kat sekolah tu? Fikir lah sendiri. Benda, bukan aku nak mengutuk. Aku jenis tak reti nak nasihat orsng ftf. Aku lebih suka nasihat cara type. Kau baca, kau sentap? Ubah diri kau.
Satu je aku nak cakap, kau belajarlah menggunung sampai mana pun, kalau sekali kau kutuk cikgu tu, kau sumpah seranah sorang cikgu tu, cikgu tu tak maafkan, ilmu kau belajar tu sampai mati tak berkat. Dahlah dapat dosa mengumpat, belajar tinggi mana, ilmu tak berkat. Nauzubillahiminzalik. Banyak istighfar rakan rakan. Usaha tangga kejayaan. Wassalam.